First Story

    Kisah pertama sy mcm mna sy boleh bertunang dgn org yg sy langsung x pernah kenal sebelum ni,

Ada satu hari tu sy pi rumah jiran dgn mak sy x sangka jiran sy time tu tengah ada tetamu, walaupun tetamu tu adk & ank menakan kepada jiran sy sendiri, tapi masih boleh dianggap sebagai tetamu kan sbb dua beranak tu x tinggal tetap dkt situ. 

    Mungkin bila org baca blog ni org akan anggap first love or maybe boleh dipanggil sebagai cinta pandang pertama dia kpd sy, nama pon teman mak pi rumah jiran kan so kadang2 akan ada masa bila org tua2 berckp kita akan sambung betul tak? Kali pertama dia tengok sy dkt rumah mak menakan dia, kali ke-2 dia tengok sy dkt pasar mlm lepastu kami x pernah bertegur sapa antara satu sama lain langsung dah.

    Selepas beberapa bulan lamanya ada org chat sy dkt messenger FB, pada 15 May 2024 dia mula chat sy dgn perkenalkan diri dia siapa, pada awlnya dia bgitau sy nak berkwn dgn sy ja & masa tu jgk dia berusaha gigih untuk minta no fon sy tp sy x pernah bagi walaupun sy dah tahu siapa dia, Disebabkan dia x dpt no fon sy jadi kami hanya contact melalui messenger saja, tak lama lepastu dia bgitau sy yg keluarga dia nak blk sini dkt rumah mak menakan dia dkt kampung sy tu, mcm biasa nama pon kwn kan so sy ckp dkt dia yg sy x ada hak pon nak halang dia kalau dia nak blk sini sbb rumah mak menakan dia pon ada dkt sini.

    Dalam 2 ke 3 minggu mcm tu perkenalan kami sy mula bosan chat dkt messenger & terpaksalah sy bagi no fon sy dkt dia supaya dia boleh chat sy dkt wasap sbb salah satu kenapa sy boleh bgi no fon sy tu antaranya sy jrg on messenger just naik noti tapi sy malas buka. Dari situ dia mula chat sy dkt wasap, x lama lepastu dia ada bgitau sy yg dia nak suruh keluarga dia dtg jumpa keluarga sy untuk mengeratkan lagi silaturrahim.

     Bila dia dah mula ckp mcm tu sy masih x terfikir lagi apa niat dia pada sy, selepas dipaksa oleh sy untuk bgitau apa niat dia ckp mcm tu baru lah sy tahu rupanya dia nak jadikan sy org yg istimewa dalam hati dia, jujur sy terkejut sehinggalah sy demam. Dia ckp dgn sy yg dia jenis x suka mainkan hati & perasaan org, oleh kerana dia terpandang kearah sy pada masa awl2 kami jumpa dulu maka terdetiklah dalam hati dia yg sy adalah jodoh yg Allah kirimkan untuk dia, sy rasa mcm lawak tapi itulah hakikat sebenarnya.

     Dia & ayahnya blk kampung ber2 kerana mak dia sudah dijemput oleh Ilahi, mereka ber2 blk kampung pada 21 May 2024 dan dlm perjalanan tu lah baru dia bgitau ayah dia yg dia nak suruh ayah dia dtg jumpa keluarga sy untuk berkenalan dgn lebih jauh lagi, benda yg sama terjadi pada ayah dia iaitu terkejut & pelik bila kami kenal & bila kami berkwn. Pada 22 May 2024 ayah dia & pak menakan sy dtg rumah masa tu sy x dak dkt rumah ia mcm biasa kena kerja, sy x tau apa yg keluarga kami tgh bincangkan tapi sebelum adanya perjumpaan tu dia ada pesan dkt sy dia ckp apa2 pon just jwp iya atau pon setuju, bila jwp kenapa dia x jwp soalan sy yg dia tahu dia suruh sy jwp iya ataupon setuju ja.

     Sampai ja masa sy blk drpd kerja, ia sy sempat berehat sekejap terus mak cerita apa yg terjadi dkt rumah sy masa awl tu, keluarga kedua2 belah pihak masih terkejut dgn apa yg terjadi antara hubungan kami ber2. Keesokkan harinya mak menakan dia iaitu jiran sy dtg rumah, sekali lagi mereka dtg time sy kerja. Mereka dgn rasa terkejut bercampur seronok dtg bagi membincangkan tarikh yg sesuai untuk bwk sy keluar drpd tempat kerja demi nak bwk sy ke kedai emas untuk membeli cincin. Time ayah dia dtg rumah dgn pak menakan sy rupanya mereka dah berbincang untuk langsungkan pertunangan kami pada hari Sabtu bertarikh 25 May 2024.

    Bila diingatkan blk rasa bodoh pulak time tu pergi terima & mengiakan apa yg mereka bincang tanpa kehadiran sy disitu, sebelum terjadinya perbincangan ini dia ada suruh sy buat solat istikharah untuk tgk apa benar keputusan yg sy nak buat ni, malangnya time tu lepas solat istikharah dia ckp dia masih lagi nampak sy dalam mimpi dia tapi terblk pula dgn diri sy, sy sejujurnya tak nampak bayang dia langsung dalam mimpi solat istikharah sy, tp sy masih anggap dia jodoh sy kerana semua persiapan hari pertunangan kami berjalan dgn lancar tanpa ada cacat cela walaupun dalam keadaan terkejut & masa yg diambil pon terlalu singkat. Hari kejadian sy x sempat tempah makeup apatah lagi nak tempah pelamin, sy makeup ala kadar ja asalkan x nampak muka kita yg terlalu kosong tu. 

    Mula 25 May 2024 sehingga 25 Dec 2024 sudah jenap 7 bulan pertunangan kami tapi makin lama makin tak tahan dgn perangai & sikap dia pada sy, antara sikap dia yg paling ketara adalah cemburu buta, sikap kurang percaya pada pasangan juga jelas ketara & adanya sifat kedekut dalam diri dia pada pasangan sendiri. Sy anggap rasa tu adalah ujian untuk kami yg dimana org panggil ujian alam pertunangan ditambah lagi dgn masing2 yg baru mula mengenal antara satu sama lain.




Ulasan